Ya Allah Jika Aku Jatuh Cinta

Apabila rasa sunyi membelenggui jiwa

Memang tidak dinafikan,apabila kita kehilangan kekasih,teman lelaki ataupun
teman wanita,buah hati kita dan seumpama istilah apapun dalam percintaan,kita akan terasa kesunyian dan kesukaran yang membelenggui jiwa kita..Kesukaran yang teramat sangat dimana kita terpaksa melalui dua detik iaitu proses melupakan si dia dan proses untuk membaik pulih perasaan dan mengubati hati yang terluka.sepanjang dua detik itu,sudah pastinya ada ketika dan waktu kita akan dihimpit dan diselubungi rasa sunyi.contohnya,saya mempunyai teman sebilik yang telah berkongsi segala pengalaman dan kehidupan bersama saya selama 3 tahun,tempoh yang agak lama juga.dan ketika saya putus dengan bekas teman lelaki saya,teman sebilik saya juga pindah menyewa di sebuah rumah sewa yang lain,dan pada awalnya,saya memang terasa begitu kehilangan.kehilangan dua insan yang amat penting di kala saya yang berada di suatu tahap kritikal.tetapi sy berjaya juga mencabar diri saya agar tidak terus dibelenggui rasa sunyi itu walaupun ada masanya saya juga tidak dapat lari dari diburui rasa sunyi.saya juga melalui tempoh-tempoh sukar ini,tetapi saya menggunakan beberapa altenatif untuk menghilangkan rasa sunyi saya.mungkin antara 10 cara saya untuk menghilangkan sedikit sebanyak rasa sunyi boleh diterima pakai untuk kalian
bagi mengisi kekosongan jiwa anda:

Teruskan Membaca......

Kenangan cinta lalu sukar dilupakan tetapi masih boleh dikurangkan

Ya,saya akui amat sukar bagi bekas-bekas pencinta,termasuklah saya untuk melupakan sesuatu yang indah yang pernah bersemadi dan terpateri di dalam jiwa..cinta itu ibarat logam yang dipateri,dari sekeras-keras logam akhirnya cair dan kemudian menjadi beku apabila sejuk.dan apabila logam itu beku,ia akan kekal,begitu keadaannya tidak berubah..seperti cinta juga,sekeras-keras hati seseorang individu itu,akan cair juga apabila dilamun cinta,dan akan tetap statik pada cintanya khususnya bagi pencinta yang sememangnya bercinta seikhlas hati.dan sesungguhnya amat sukar meluputkan kenangan cinta yang telah terukir lama dalam sanubari.menurut kajian,manusia sukar melupakan cinta pertama kerana di situlah kali pertama individu tersebut menyulam rasa cinta di dalam hati,berkongsi luahan dan kehidupan dengan individu yang dicintainya serta merasai semua pengalaman pertama yang tidak pernah dirasainya sebelum ini.contohnya pengalaman yang dapat saya kongsi di sini adalah bekas teman lelaki saya pernah memainkan lagu Munajat Cinta-nyanyian The Rock,dengan menggunakan gitar elektrik di sebuah pentas di tengah padang dan dikelilingi tasik.

Teruskan Membaca......

Percintaan Dan Putus Dalam Percintaan Adalah Suatu Anugerah


Percintaan itu adalah suatu anugerah yang indah dan tidak terhingga daripada Allah SWT.cinta itu hadir tatkala kita tidak menduga dn cinta itu akan hilang di kala kita kemaruk bercinta.cinta itu hadir ibarat rama-rama sebenarnya..semakin kita mengejar ia,ia semakin jauh dari pandangan kita.tetapi apabila kita biarkan,ia akan datang hinggap di tangan kita.cinta juga ibarat layang-layang(bak kata seorang sahabat saya Hidayah).apabila kita biarkan ia terbang tinggi,ia akan terbang jauh dan jika kita terus biarkan,ia akan terus terbang jauh,tetapi apabila kita tarik semula tali layang-layang itu,ia akan kembali kepada kita semula.jika dahulu definisi cinta bahawa cinta itu buta,saya sukar untuk mentafsirkannya..tetapi apabila saya pernah melalui alam percintaan,baru saya mengerti.percintaan itu akan menjadikan manusia itu rabun dan buta dalam mempertahankan sesuatu hakikat yang sememangnya adalah nyata dan pasti.

Teruskan Membaca......

Doa Bagi Orang Yang Bercinta

Ya Allah… Seandainya telah engkau catatkan… Dia milikku tercipta buatku… Satukanlah hatinya dengan hatiku… Titipkanlah kebahagian antara kami…. agar kemesraan itu abadi… Dan ya Allah… ya tuhanku yang maha mengasihi… Seiringkanlah kami melayari hidup ini… Ketepian yang sejahtera dan abadi…Tetapi ya Allah… Seandainya telah engkau takdirkan… dia bukan miliku… Bawalah ia jauh dari pandanganku… Luputkanlah ia dari ingatanku… Dan peliharalah aku dari kekecewaan….Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti… Berikanlah aku kekuatan… Melontar bayangannya jauh ke dada langit… Hilang bersama senja nan merah… agar aku bahagia…

Teruskan Membaca......

Pengalaman Cinta

Melalui pengalaman,aku belajar erti dan definasi kehidupan..kehidupan umpama lautan bergelora penuh dengan badai-badai pancaroba.jika dahulunya aku pinta agar hadirkanlah bunga-bunga percintaan dalam setiap saat kehidupanku agar aku bisa mengetahui maksud keindahan dan kebahagiaan.syukur,Tuhan kurniakan aku sebuah episod percintaan yang penuh trauma dan tragis.sekurang-kurangnya doaku dimakbulkan Tuhan dan aku bersyukur kerana aku pernah dihadiahkan kebahagian walaupun pada pengakhirannya air mataku berlinangan tumpah menagih cinta pada insan yang dahulunya memahkotakan janji-janji kebahagiaan padaku dan kini membuang diriku seperti sekilas angin lalu di persisiran pantai gersang,dan tandus,singgah seketika sahaja,meninggalkan sisa-sisa kehangatan.

Teruskan Membaca......

MekarCinta

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog baru saya ini, http://www.mekarcinta.blogspot.com/. Terlebih dahulu ingin saya perkenalkan diri saya sebagai MekarCinta,seorng insan yang bergelar wanita yang pernah mengalami kegagalan dalam percintaan dimana melalui kegagalan itu lah,saya bangkit berdiri dari segala kelemahan dan mahu berkongsi setiap kedukaan dan kegembiraan melalui setiap bait-bait rangkap penulisan saya ini agar kalian semua boleh memperbaiki diri dan membaik pulih percintaan kalian agar memperolehi percintaan yang lebih bahagia dan tulus pada masa akan datang...Blog ini khas untuk rakan-rakan di luar sana yang mengalami putus dalam percintaan,masih mengharapkan sinar cinta baru di hadapan dan kepada sesiapa sahaja yang menghargai percintaan sebagai suatu anugerah yang agung daripada yang Maha Esa.Di sini,saya mengalu-alukan kalian,agar menghantar kisah-kisah cinta sama ada gembira mahupun duka,bahagia mahupun lara di alamat email saya iaitu strawberychocolategirl@yahoo.com dan saya akan memaparkan kisah-kisah percintaan mahupun tips-tips percintaan yang kalian ingin kongsikan bersama saya dan sahabat-sabahat yang lain...Semoga dengan adanya perkongsian ilmu-ilmu percintaan ini,sedikit sebanyak boleh membantu antara satu sama lain dalam menghampiri dunia percintaan yang sebenarnya amat indah dan suci,tulus dan kudus...Selamat membaca....

Direka Oleh Koleksi Mekar Cinta

Best viewed via Mozilla Firefox