Novel Cinta


Mekar Cinta.itulah keabadian cinta.menyatukan dua jiwa dua insan dalam meniti lumrah kehidupan.Novel pertama kali ini direka sendiri oleh mekarcinta dan masih dalam proses pengeditan dan penambahbaikan.Semoga Terhibur.Rinduku semakin menggamit dalam keheningan malam. Cintaku semakin tengit dalam kesyahduan hening subuh.Aku benar-benar merindui belaiannya,belaian kasih seorang suami bernama Fitri Haiqal.Insan pertama yang berjaya mengetuk sudut pintu hatiku,lantas melangkah masuk dalam mahligai hidupku lalu sama-sama mengorak langkah membina istana cinta.Namun,tidak sampai lapan bulan purnama,istana cinta kita terumbang-ambing dalam keganasan ombak bergelora,dilanda badai samudera yang meranapkan teratak kasih kita.Hancur,ranap,musnah,lenyap.“Abang, terima kasih kerana sudi memperisterikan Rin.Rin akan cuba menjadi permaisuri yang terbaik untuk abang.”Aku mengukir kata,mengatur janji,sambil memerhatikan gugusan bintang cerah di hamparan langit malam dari hujung tirai kamar.“Abang,menyayangi Rin setulus hati abang.Abang berjanji akan sehidup semati dengan Rin.Abang mencintai Rin.”Janjinya kepada diriku,Syakira Azrin sambil memberikan pelukan erat pada diriku.Aku menoleh,lalu tersenyum manis,memandang raut wajah tenang suamiku,berkulit kuning langsat,berkening hitam lebat,matanya yang sedikit bundar.

Teruskan Membaca......

Air Mata Dan Ratapan Naluri Seorang Perempuan

Air mata seorang perempuan yang jujur adalah sangat mahal nilainya.air mata yang turun itu adalah tangisan yang menangisi percintaan,menghargai nilai percintaan dan ini menunjukkan betapa kasih dan sayangnya pada seseorang insan itu.ratapan naluri seorang perempuan yang tulus dan kudus,menyanjungi seseorang insan yang dikasihinya mencintai dan sanggup berkongsi segala kesedihan dan kegembiraan bersama diri si dia.betapa agung dan besarnya martabat air mata seorang perempuan.sekuat-kuat dan setabah-tabah diri seorang perempuan,dia akan terkulai layu dan lemah apabila merembeskan air mata kesedihannya.dia akan hilang ketabahannya apabila menitiskan air matanya kerana perempuan sememangnya ditakdirkan penuh dengan emosi dan perasaan.sentimental dalam memperjuangkan erti percintaan.

Teruskan Membaca......

Mendalami Maksud Tersirat Dalam Lirik Lagu-lagu Cinta

1.Kumpulan Sup-Rintihan Jiwa.
Muat Turun di sini-->Rintihan Jiwa.mp3

Terbayang gambar wajahmu
Menjelma di sudut hatiku
Tak terdaya aku
Membiarkan ia pergi

Walaupun telah berlalu
Tiada lagi kau di sisi
Masih belum pudar
Kenangan untukmu

Apakah salahnya diriku
Hingga sanggup kau tinggalkanku
Setelah ku beri kasihku padamu
Dan telah ku sandarkan
Harapan melangit pada dirimu

Teruskan Membaca......

Pengalaman Cinta Sahabat-Sahabat MekarCinta

MekarCinta ingin berkongsi pengalaman sahabat-sahabat saya yang kebanyakannya bercinta melalui dunia maya(email,ym,mirc dan sebagainya).kebanyakan percintaan mereka adalah berjaya.salah seorang sahabat saya bernama,E telah jatuh cinta selama 6tahun bersama seorang jurutera melalui Mirc,suatu laman sembang dan akhirnya setahun yang lepas,mereka telah selamat diijabkabulkan.salah seorang lagi sahabat saya bernama F,juga bercinta melalui dunia maya ini.menurut yang dikatakannya,dia berkenalan dengan teman lelakinya melalui chatting(YM)semasa di tingkatan 5 dan kemudian saling bertukar-tukar nombor handphone.kemudian,hubungan mereka 'on' dan 'off' kerana lelaki tersebut ber'couple' dengan perempuan lain pula.namun bulan ogos lepas,F telah ber'couple' dengan insan tersebut tanpa berjumpa dan akhirnya apabila masa yang bersesuaian,mereka bertemu dan saling mula memekarkan kuntuman bunga-bunga cinta yang kian mekar antara mereka.

Teruskan Membaca......

Tanda-Tanda Anda Salah Pilih Pasangan

Bagi Anda yang baru memiliki pasangan baru memang akan merasa bahagia. Tapi apakah Anda yakin bahwa dia adalah orang yang tepat untuk menjadi pasangan Anda? Tanda terpenting yang seringkali kita mengerti mengenai pasangan hidup adalah seseorang yang beriman dan cinta Tuhan.Namun di luar itu, ada beberapa hal lain yang perlu Anda pertimbangkan yang seringkali belum menjadi masalah saat ini karena perasaan cinta yang menggebu, namun pada akhirnya bisa menjadi masalah dan Anda merasa cukup terganggu dengan hal itu. Jadi sebelum Anda mengarah pada hubungan yang lebih serius, sebaiknya Anda semak beberapa tanda bahwa dia memang bukan orang yang tepat.

Teruskan Membaca......

Percintaan Dalam Dunia Maya (Virtual Love)

Pada era dan zaman teknologi ini,memang tidak dinafikan teknologi dalam dunia maya memainkan peranan utama juga dalam menemukan jodoh seseorang individu.Mula-mula sekali,persoalan yang akan timbul di kepala kalian adalah apakah percintaan dunia maya?dunia maya adalah dunia yang tersembunyi di sebalik rangkaian permulaan perhubungan teknologi seperti internet,handphone(sms),chatting room dan sebagainya di mana kita tidak mengenali pengirim atau penerima maklumat itu secara "direct view" atau bertemu secara realiti.Mengapa mencari cinta dalam dunia maya?kan masih banyak lagi cinta realiti yang boleh dicari?kerana masing-masing tidak mempunyai masa untuk bertemu dengan seseorang dalam dunia realiti,dan juga jika mempunyai kesempatan bertemu pun,masih tidak menepati kriteria yang dikehendaki.

Teruskan Membaca......

Tuhan Kirimkanlah Aku Kekasih Yang Baik Hati

Tips Untuk Memikat Hati Lelaki

Lelaki akan mudah tertarik apabila seseorang perempuan itu selalu mengambil berat tentang dirinya.kerana mereka juga seorang insan yang mahu dirinya dibelai dan dimanjai.lelaki juga seorang yang sensitif.di sini saya nak share beberapa tips untuk memikat hati lelaki dan sekaligus menjadikan kalian(perempuan) di antara "top 1" dalam senarai hati mereka..hehe.Setiap insan di dunia ini pasti memiliki keinginan.begitu juga dengan seorang lelaki yang cenderung memiliki pelbagai macam keinginan,termasuklah dalam memilih pasangan hidup.Memang sukar untuk memahami keinginan insan yang bergelar lelaki ini.untuk itu,cuba semak beberapa perkara yang paling dominan yang diinginkan oleh seorang lelaki daripada seorang gadis.mana tau,kamu boleh menjadi seorang gadis yang diimpikan oleh ramai lelaki!

Memahami
Untuk memahami jiwa lelaki bukanlah suatu perkara yang mudah dan sebagai perempuan,kamu harus tahu selok belok perangai lelaki yan gkamu cintai.selain itu,kamu juga perlu tahu saat terbaik dan taktik-taktik untuk menyelami perasaannya.malahan untuk lebih memahami perasaannya,kamu wajib mengurangkan sedikit keegoan diri kamu.bahkan kalau perlu,singkirkan terus!

Tahu Membawa Diri
Lelaki zaman sekarang paling pantang jika pergerakannya disekat atau dikawal.jadi, mahu tidak mahu,kamu terpaksa menghormati kehendak dan pendirian mereka dengan cara tidak mengongkong kebebasan hidup mereka.itu adalah yang terbaik jika kamu mahu si dia terus bersamamu.

Beri Perhatian
Sebagai pencinta lelaki,kamu juga patut tahu bilakah waktunya seorang lelaki itu memerlukan perhatian?bentuk perhatian yang macam mana yang diperlukannya?luangkan masa untuk memerhatikan,mempelajari serta menterjemahkan setiap keinginannya itu.biasanya ia akan tersirat melalui perkataan,bahasa tubuh dan melalui sorotan matanya.janganlah takut untuk bertanya dan bersifatlah terbuka dan perhubungan.

Direka Oleh Koleksi Mekar Cinta

Best viewed via Mozilla Firefox