Pencarian Cinta

Terlebih dahulu saya ingin meminta maaf kepada para pengikut blog ini kerana telah lama tidak meng"update" blog ini.saya busy amat sangat dengan kerjaya saya,kerjaya yang mengabdikan diri saya di depan komputer juga..tapi saya tetap x sempat nak "update" blog ni..hihi..mari kita bincang tentang pencarian cinta..seperti saya juga yang telah grads untuk degree baru-baru ini dan telah bekerja selama hampir 3 bulan dengan gaji yang membuatkan saya rasa bersyukur dengan kurniaan Allah..masa tetap berlalu dan saya tetap sendiri.perlukah kita mencari cinta?jika cinta yang dicari tetap tidak ditemui?jika cinta yang dicari hanya akan melukakan hati?kadang-kadang kita akan berasa sunyi yang amat sangat.hendak mencari cinta melalui dunia realiti amatlah payah pada zaman seperti sekarang ini..mungkin kerana itu juga lah 3 kakak sepupu saya yang mempunyai kerjaya yang bagus seperti akauntan dan programmer juga menjadi "anak dara tua"..dari bab kerjaya dan pelajaran,saya telah mengikut jejak langkah mereka tetapi adakah dari aspek jodoh,saya juga akan seperti meeka juga?perlukah kita mencari jodoh?jawapannya PERLU selagi tidak keterlaluan..saya cuba juga berkawan melalui YM dan selalu pergi ke laman sembang (Yahoo Chat Room)..mencari dan terus mencari..mencari seseorang yang boleh mengubati hati yang sunyi..jangan dinafikan kita memerlukan seseorang yang berlainan jantina untuk berkongsi tentang kehidupan ini.sesorang yang baik,beriman..supaya melalui perkenalan itu,bibit-bibit cinta akan terpateri di hati dan ikatan yang seterusnya akan terjadi jika diizinkan oleh Allah..ah,penatnya saya meluahkan isi hati di blog mekarcinta ini..teruskan mencari,kawan-kawan.asalkan kita tau niat kita ikhlas dan tidak melampaui batas-batas Islam.Ya Alla,temukan jodohku dengan lelaki yang beriman,beramal soleh yang baik-baik latarbelakang dan perangainya..amin Ya Robbal Alamin...Adakah cinta yang aku cari-cari selama ini?Hanya Allah yang Maha Mengetahui..

Teruskan Membaca......

Direka Oleh Koleksi Mekar Cinta

Best viewed via Mozilla Firefox