Ya Allah Jika Aku Jatuh Cinta

Teruskan Membaca......

Apabila rasa sunyi membelenggui jiwa

Memang tidak dinafikan,apabila kita kehilangan kekasih,teman lelaki ataupun
teman wanita,buah hati kita dan seumpama istilah apapun dalam percintaan,kita akan terasa kesunyian dan kesukaran yang membelenggui jiwa kita..Kesukaran yang teramat sangat dimana kita terpaksa melalui dua detik iaitu proses melupakan si dia dan proses untuk membaik pulih perasaan dan mengubati hati yang terluka.sepanjang dua detik itu,sudah pastinya ada ketika dan waktu kita akan dihimpit dan diselubungi rasa sunyi.contohnya,saya mempunyai teman sebilik yang telah berkongsi segala pengalaman dan kehidupan bersama saya selama 3 tahun,tempoh yang agak lama juga.dan ketika saya putus dengan bekas teman lelaki saya,teman sebilik saya juga pindah menyewa di sebuah rumah sewa yang lain,dan pada awalnya,saya memang terasa begitu kehilangan.kehilangan dua insan yang amat penting di kala saya yang berada di suatu tahap kritikal.tetapi sy berjaya juga mencabar diri saya agar tidak terus dibelenggui rasa sunyi itu walaupun ada masanya saya juga tidak dapat lari dari diburui rasa sunyi.saya juga melalui tempoh-tempoh sukar ini,tetapi saya menggunakan beberapa altenatif untuk menghilangkan rasa sunyi saya.mungkin antara 10 cara saya untuk menghilangkan sedikit sebanyak rasa sunyi boleh diterima pakai untuk kalian
bagi mengisi kekosongan jiwa anda:

1.Banyak mencari kawan-kawan baru di alam cyber seperti tagged,friendster,hi5,myspace,facebook dan sebagainya untuk dijadikan teman bertukar-tukar pendapat dan pengalaman.

2.Melayari ruangan chatroom seperti MSN,yahoo messenger(YM) dan add la kawan-kawan baru yang anda rasakan serasi dan bersesuaian dengan diri anda.

3.Menubuhkan laman web atau blog supaya dengan adanya laman web atau blog,mungkin sedikit sebanyak kalian dapat meluahkan apa yang terpendam di dalam hati kalian,sebagaimana yang saya lakukan iaitu dengan menubuhkan blog

4.Merekod lagu-lagu dengan munggunakan audio speaker,khusus untuk kalian yang suka menyanyi kerana kajian mendapati dengan menyanyi,sebahagian daripada masalah dan kesunyian dapat diubati dan dirawati.

5.Selalulah menghubungi keluarga dan sering pulang ke rumah supaya kesunyian kalian terubat melihat mak dan ayah kalian,binatang peliharaan seperti kucing dan sebagainya(khusus kepada kalian yang berjauhan dengan keluarga).

6.Jangan malu dan segan memberi nombor telefon tangan kepada rakan kenalan baru kalian.ini sekadar mengisi waktu kosong dan kesunyian kalian agar dapat melupakan kisah cinta silam kalian.sekurang-kurangnya anda mempunyai kenalan baru yang dapat mengurangkan sedikit sebanyak kesedihan di hati.

7.Banyak libatkan diri dalam aktiviti bersama rakan-rakan terdekat kalian,seperti membeli belah,window shopping,berbual-bual kosong dan makan bersama kerana dengan pergaulan erat bersama rakan-rakan,sedikit sebanyak rasa sunyi kalian akan terubat dan dapat dikurangkan.

8.Cuba menerokai sesuatu yang baru seperti menjinak-jinakkan diri membaca novel Twilight dan siri-sirinya,mendalami dunia chatting dengan menggunakan Installer Yazak dan mendalami cara-cara mereka bentuk desain blog atau laman web.

9.Dekatkan diri dan banyakkan berdoa seikhlas hati kepada Allah,kerana sesungguhnya hanya dengan mendekatkan diri kepada Allah,diri dan jiwa akan terasa tenang.banyakkan berdoa agar diberi kekuatan dan dapat menghindarkan rasa sunyi.cara ini banyak saya gunakan ketika hati dirundung sepi dan sunyi yang teramat sangat,dan ia memang berkesan.berdoa dengan tawaduk,agar dikurniakan jodoh secepat mungkin yang dapat merawat luka di sanubari ini dan sebagai pengganti kepada cinta lama kalian.

10.Kurangkan mendengar lagu-lagu jiwang yang boleh mengingatkan kembali perasaan dan kisah silam kalian terhadap bekas kekasih kalian.dan sekiranya ada gambar-gambar kalian bersama kekasih kalian disimpan di dalam laptop,maka simpanlah gambar-gambar kenangan itu di dalam suatu folder(tidak perlu buang gambar-gambar kenangan itu)dan kemudian simpanlah folder itu di dalam folder-folder yang lain sehingga akhirnya kita sendiri sukar mencari lokasi asal folder kenangan kalian bersama bekas kekasih kalian itu.taktik ini saya gunakan juga agar saya dapat lupakan sedikit demi sedikit
kenangan itu.

Teruskan Membaca......

Kenangan cinta lalu sukar dilupakan tetapi masih boleh dikurangkan

Ya,saya akui amat sukar bagi bekas-bekas pencinta,termasuklah saya untuk melupakan sesuatu yang indah yang pernah bersemadi dan terpateri di dalam jiwa..cinta itu ibarat logam yang dipateri,dari sekeras-keras logam akhirnya cair dan kemudian menjadi beku apabila sejuk.dan apabila logam itu beku,ia akan kekal,begitu keadaannya tidak berubah..seperti cinta juga,sekeras-keras hati seseorang individu itu,akan cair juga apabila dilamun cinta,dan akan tetap statik pada cintanya khususnya bagi pencinta yang sememangnya bercinta seikhlas hati.dan sesungguhnya amat sukar meluputkan kenangan cinta yang telah terukir lama dalam sanubari.menurut kajian,manusia sukar melupakan cinta pertama kerana di situlah kali pertama individu tersebut menyulam rasa cinta di dalam hati,berkongsi luahan dan kehidupan dengan individu yang dicintainya serta merasai semua pengalaman pertama yang tidak pernah dirasainya sebelum ini.contohnya pengalaman yang dapat saya kongsi di sini adalah bekas teman lelaki saya pernah memainkan lagu Munajat Cinta-nyanyian The Rock,dengan menggunakan gitar elektrik di sebuah pentas di tengah padang dan dikelilingi tasik.gitar elektrik dengan MP5 itu mengeluarkan bunyi yang sangat kuat,sehinggakan pengawal-pengawal di terkejut mendengar alunan lagu tersebut.ya,memang manis mengingatkan kenangan cinta yang manis sebegitu,tetapi seandainya kita masih meratap,berharap dan bersedih lagi atas kenangan-kenangan yang pernah kita alami,maka berhentilah meratap merayu dan bersedih.anggaplah kenangan itu hadir sebagai bayu angin di tepi panai,menghembus seketika dan berlalu pergi lantas meninggalkan sisa-sisa kehangatan.Sudahlah kalian,bina kehidupan baru di atas kenangan silam kita.bangkit kalian,bangkit mencari cinta yang lebih tulus,yang lebih kudus,yang lebih mulus.belajar untuk mencari erti bahagia,memang sukar untuk melupakan cinta lalu,tapi berniatlah di dalam hati agar kita ingin melepaskan memori itu..katakan di dalam hati, "aku mahu melepaskan mu wahai kenangan cinta lalu ku,maga berlalulah kamu,berarakla kamu pergi dari hidupmu ini.jangan biarkan aku menangisi kehadiranmu lagi.Pergilah memori,hadirkanlah sinar dalam hidupku ini."

Teruskan Membaca......

Percintaan Dan Putus Dalam Percintaan Adalah Suatu Anugerah


Percintaan itu adalah suatu anugerah yang indah dan tidak terhingga daripada Allah SWT.cinta itu hadir tatkala kita tidak menduga dn cinta itu akan hilang di kala kita kemaruk bercinta.cinta itu hadir ibarat rama-rama sebenarnya..semakin kita mengejar ia,ia semakin jauh dari pandangan kita.tetapi apabila kita biarkan,ia akan datang hinggap di tangan kita.cinta juga ibarat layang-layang(bak kata seorang sahabat saya Hidayah).apabila kita biarkan ia terbang tinggi,ia akan terbang jauh dan jika kita terus biarkan,ia akan terus terbang jauh,tetapi apabila kita tarik semula tali layang-layang itu,ia akan kembali kepada kita semula.jika dahulu definisi cinta bahawa cinta itu buta,saya sukar untuk mentafsirkannya..tetapi apabila saya pernah melalui alam percintaan,baru saya mengerti.percintaan itu akan menjadikan manusia itu rabun dan buta dalam mempertahankan sesuatu hakikat yang sememangnya adalah nyata dan pasti.cinta menyebabkan manusia keliru dan buta dalam membuat penilaian.cinta menyebabkan manusia terawang-awang dalam dunia khayalan buatan sendiri,mengharapkan kebahagiaan dalam dunia kayangan yang masih tidak pasti.cinta juga kadang-kadang membuatkan manusia lemah,tidak boleh bergantung pada diri sendiri,membuatkan manusia kalah dengan tangisan air mata.cinta juga menjanjikan keindahan dan kebahagiaan tetapi sebelum mendapat cinta yang benar-benar sejati itu,pasti kebanyakan antara kita terpaksa menempuhi ujian percintaan yang memeritkan dan melukakan,yang memerlukan suatu pengorbanan perasaan.dan melalui pengorbanan itu,perselisihan berlaku,kekeliruan tercipta maka jalan perakhirannya,perpisahan akan terjadi..Memang perit,pedih,sakit dan terluka apabila putus dan gagal dalam percintaan.ayat yang biasa kita dengari,setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.oleh yang demikian,dekatkanla diri dengan Tuhan,kerana setiap percintaan dan kejadian alam ini telah ditentukan olehNya sejak azali lagi.jadi Dia telah menetapkan segala-gala terhadap kehidupan kita di dunia ini termasuklah perihal percintaan.Usahlah kerana putus dalam percintaan,kita gagal dalam kehidupan kita.kita seharusnya bersyukur kerana pernah disayangi dan pernah menyayangi seseorang dan anggaplah kehilangan dirinya sebagai suatu rahmat dan petunjuk oleh Allah untuk mendapatkan kebahagiaan yang lebih hakiki pada masa akan datang..Maka,marilah kita berusaha untuk mencari kebahagiaan hakiki dan abadi..(*__*)

Teruskan Membaca......

Doa Bagi Orang Yang Bercinta

Ya Allah… Seandainya telah engkau catatkan… Dia milikku tercipta buatku… Satukanlah hatinya dengan hatiku… Titipkanlah kebahagian antara kami…. agar kemesraan itu abadi… Dan ya Allah… ya tuhanku yang maha mengasihi… Seiringkanlah kami melayari hidup ini… Ketepian yang sejahtera dan abadi…Tetapi ya Allah… Seandainya telah engkau takdirkan… dia bukan miliku… Bawalah ia jauh dari pandanganku… Luputkanlah ia dari ingatanku… Dan peliharalah aku dari kekecewaan….Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti… Berikanlah aku kekuatan… Melontar bayangannya jauh ke dada langit… Hilang bersama senja nan merah… agar aku bahagia…

Walaupun tanpa bersama dengannya…Dan ya Allah yang tercinta… Gantillah yang telah hilang… Tumbuhkanlah kembali yang telah patah… Walaupun tidak sama dengan dirinya…Ya Allah ya tuhanku… Pasrahkanlah aku dengan takdirmu… Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan… Adalah yang terbaik buat ku… kerana Engkau maha mengetahui… Segala yang terbaik buat hamba Mu ini…Ya Allah… Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku… Di dunia dan di akhirat… Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini… Jangan engkau biarkan aku sendirian… Di dunia ini mahupun di akhirat… Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran… Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman… Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup… Ke jalan yang Engkau redhai… dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh….Amin.. Ya Rabbal A’lamin.

Teruskan Membaca......

Pengalaman Cinta

Melalui pengalaman,aku belajar erti dan definasi kehidupan..kehidupan umpama lautan bergelora penuh dengan badai-badai pancaroba.jika dahulunya aku pinta agar hadirkanlah bunga-bunga percintaan dalam setiap saat kehidupanku agar aku bisa mengetahui maksud keindahan dan kebahagiaan.syukur,Tuhan kurniakan aku sebuah episod percintaan yang penuh trauma dan tragis.sekurang-kurangnya doaku dimakbulkan Tuhan dan aku bersyukur kerana aku pernah dihadiahkan kebahagian walaupun pada pengakhirannya air mataku berlinangan tumpah menagih cinta pada insan yang dahulunya memahkotakan janji-janji kebahagiaan padaku dan kini membuang diriku seperti sekilas angin lalu di persisiran pantai gersang,dan tandus,singgah seketika sahaja,meninggalkan sisa-sisa kehangatan.hatiku yang suci dari noda ini merintih,merayu agar kembalikan cinta yang semakin pudar ditelan mentari.semakin tenggelam dimamah samudera.namun kenangan tetap tinggal kenangan.terkilan hati ini ditinggalkan sedemikian rupa,setelah kau pahat ukiran cinta dalam hati ini,kau sulam jalinan kasih dalam jiwa ini,kemudian kau tinggalkan,berlalu dalam arus angin menderu.meninggalkan aku dalam rentak tari kaku,dengan irama lagu sendu..mana mungkin aku padamkan ukiran cinta yang telah lama terpahat dalam sanubari ini,mana bisa aku putuskan jalinan kasih yang terpateri di jiwa ini.mudahnya kau insan bernama lelaki,membuka lembaran cinta baru,dan menoktahkan lembaran cinta usang dalam diari hidupmu.mudahnya kau insan bernama lelaki,menghadiahkan pengharapan dan kemudiannya kau siat,kau cincang lumat.mudahnya kau insan bernama lelaki menghancurkan perasaan hati seorang wanita,hati yang terlalu kudus dan tulus.hati yang terlalu mulus dan halus.hati wanita sesuci sutera putih,andai ditumpahkan ke atasnya warna-warni kejujuran percintaan,maka tersergamlah keindahan dan andai dipalitkan warna-warna kepalsuan,maka terserlahlah kekosongan.andai kau diberi watak teater,ku bisa mengandaikan kau adalah watak antagonis,watak yang penuh kepura-puraan di pentas lakonan dunia.

Teruskan Membaca......

MekarCinta

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog baru saya ini, http://www.mekarcinta.blogspot.com/. Terlebih dahulu ingin saya perkenalkan diri saya sebagai MekarCinta,seorng insan yang bergelar wanita yang pernah mengalami kegagalan dalam percintaan dimana melalui kegagalan itu lah,saya bangkit berdiri dari segala kelemahan dan mahu berkongsi setiap kedukaan dan kegembiraan melalui setiap bait-bait rangkap penulisan saya ini agar kalian semua boleh memperbaiki diri dan membaik pulih percintaan kalian agar memperolehi percintaan yang lebih bahagia dan tulus pada masa akan datang...Blog ini khas untuk rakan-rakan di luar sana yang mengalami putus dalam percintaan,masih mengharapkan sinar cinta baru di hadapan dan kepada sesiapa sahaja yang menghargai percintaan sebagai suatu anugerah yang agung daripada yang Maha Esa.Di sini,saya mengalu-alukan kalian,agar menghantar kisah-kisah cinta sama ada gembira mahupun duka,bahagia mahupun lara di alamat email saya iaitu strawberychocolategirl@yahoo.com dan saya akan memaparkan kisah-kisah percintaan mahupun tips-tips percintaan yang kalian ingin kongsikan bersama saya dan sahabat-sabahat yang lain...Semoga dengan adanya perkongsian ilmu-ilmu percintaan ini,sedikit sebanyak boleh membantu antara satu sama lain dalam menghampiri dunia percintaan yang sebenarnya amat indah dan suci,tulus dan kudus...Selamat membaca....

Teruskan Membaca......

Direka Oleh Koleksi Mekar Cinta

Best viewed via Mozilla Firefox