Novel Cinta


Mekar Cinta.itulah keabadian cinta.menyatukan dua jiwa dua insan dalam meniti lumrah kehidupan.Novel pertama kali ini direka sendiri oleh mekarcinta dan masih dalam proses pengeditan dan penambahbaikan.Semoga Terhibur.Rinduku semakin menggamit dalam keheningan malam. Cintaku semakin tengit dalam kesyahduan hening subuh.Aku benar-benar merindui belaiannya,belaian kasih seorang suami bernama Fitri Haiqal.Insan pertama yang berjaya mengetuk sudut pintu hatiku,lantas melangkah masuk dalam mahligai hidupku lalu sama-sama mengorak langkah membina istana cinta.Namun,tidak sampai lapan bulan purnama,istana cinta kita terumbang-ambing dalam keganasan ombak bergelora,dilanda badai samudera yang meranapkan teratak kasih kita.Hancur,ranap,musnah,lenyap.“Abang, terima kasih kerana sudi memperisterikan Rin.Rin akan cuba menjadi permaisuri yang terbaik untuk abang.”Aku mengukir kata,mengatur janji,sambil memerhatikan gugusan bintang cerah di hamparan langit malam dari hujung tirai kamar.“Abang,menyayangi Rin setulus hati abang.Abang berjanji akan sehidup semati dengan Rin.Abang mencintai Rin.”Janjinya kepada diriku,Syakira Azrin sambil memberikan pelukan erat pada diriku.Aku menoleh,lalu tersenyum manis,memandang raut wajah tenang suamiku,berkulit kuning langsat,berkening hitam lebat,matanya yang sedikit bundar.Pandangan kami bertaup seketika,membuatkan aku tenggelam dalam kesamaran malam,hanyut dalam kesyahduan cinta yang kami sendiri bina. Indahnya saat itu.Rin rindu saat-saat manis itu,abang.Rin amat merindui abang.Hatiku merintih pedih,menyanyi lagu rindu yang bernada sendu,berentak kaku.Kadang-kadang,di benakku tersimpan seribu satu persoalan yang masih tersimpul rapi yang masih belum terungkai.Abang memilih diri Rin atas dasar apa?Apakah kerana cinta atau palsu semata?.Hidup Rin seumpama dedaunan yang telah gugur bertaburan, membiarkan ranting dimamah usang,abang.Layanan terhadap diriku makin berkurangan.Aku sendiri tidak tahu mengapa aku dibiarkan terkontang-kanting keseorangan, meneguk madu cinta dalam lautan cuka.Tiga bulan lamanya,dia membiarkan aku hidup seolah-olah menjadi banduan dalam penjara cinta yang berpagarkan tembok derita,beratapkan tempias tangisan air mata.Jiwa aku terseksa,merana,dahagakan kasih sayang dan belaian manja daripadanya. Tiada apa yang dapat kurasakan selain dari cintaku padamu.tiada lafaz sendu yang terindah,yang dapatkan gambarkan padamu.bersama janji kita dipadukan seindah rindu yang dirasakan.iringan bayu senja yang bertiup,membisikkan cintaku padamu. Aku teringat semasa di alam percintaan kami yang penuh dengan keasyikan asmara dalam panahan suria indah. “Ya Allah berilah aku kekuatan dalam menempuh badai melanda ini. Sesungguhnya aku memohon sinaran agar dapat ku tempuh perjalanan hidupku. Kembalikanlah semula sinar kasih sayang kami seperti sedia kala”.Berderai air mata piluku tatkala ku sujud tawaduk memuja Yang Maha Kuasa.”Abang, tenangnya keindahan pantai ini setenang wajah abang,”Kataku sambil kurenung erat wajahnya. Pengkalan Balak, Masjid Tanah Melaka menjadi saksi kisah cinta kami, diadili sayup-sayup bayu laut menghempas pantai dalam gerimis redup senja itu. Hari itu gerak hatiku dapat membayangkan seolah-olah perhubungan ini akan sampai ke titik noktahnya. ”Rin, kita masih tidak pasti lagi tentang kehidupan kita ini.kehidupan ini ibarat bahtera yang belayar yang tidak di ketahui penghujungnya.Perjalanan kita masih baru bermula, tidak tahu di mana pengakhirannya. Kita masih punya pilihan, Rin. Pilihan yang terbaik untuk diri kita.”Arghh, Fitri Haikal.Mengapa ayat itu yang acapkali engkau lafazkan?Titisan air jernih tanpa kupinta mengalir deras membasahi pipiku.”Abang, sudah abang ketahui keadaan Rin jika tanpa kehadiran dirimu. Dirimu yang mencorakkan hidupku dengan pelangi ungu, abang sulamkan diriku dengan benang sutera, abang mahligaikan diriku dalam teratak yang bermahkota di hatimu.Kugenggam gambarmu dalam pelukan mesra. Di dalam dunia ini tidak mungkin dapat ku cari pengganti dirimu.Mengapa perpisahan yang kau pinta.Bait-bait lagu Flybaits itu seringkali berputar dalam benak fikiranku. Abang, apakah salah diri Rin sehingga abang tergamak membiarkan Rin terapung-apung meneguk rindu di tengah lautan madu ini. Apakah selama ini Rin hanya meneguk sisa-sisa cinta yang sememangnya telah lama diteguk oleh orang lain?Apakah Rin serba kekurangan dalam memartabatkan cinta kita?Apakah Rin tandus membelai abang dengan kasih sayang? Kalau Rin turutkan hati, mahu sahaja Rin ukir nama abang di puncak Gunung Jerai, biarlah nyiur melambai menjadi saksi, biarlah awan-gemawan menjadi juri, menilai markah ketulusan hati Rin menyayangi abang. Abang, sudah rapuhkah sayangmu pada diriku?Sejak pertemuan kita awal Disember itu, dirimu mula membisu seribu bicara, mula mencipta jurang antara kita. Rin termanggu-manggu menanti bicaramu. Setiapkali Rin menekan nombor telefon tanganmu, deringan kedengaran tetapi tiada balasan. Hati Rin gundah, abang. Harapan Rin punah, impian Rin musnah. Rin pasrah.Andai perpisahan ini yang abang mahukan, dengan linangan air mata Rin turutkan. *****Tidak ada kena mengena antara yang hidup dan yang mati****akan di"update" kemudian yer

Teruskan Membaca......

Air Mata Dan Ratapan Naluri Seorang Perempuan

Air mata seorang perempuan yang jujur adalah sangat mahal nilainya.air mata yang turun itu adalah tangisan yang menangisi percintaan,menghargai nilai percintaan dan ini menunjukkan betapa kasih dan sayangnya pada seseorang insan itu.ratapan naluri seorang perempuan yang tulus dan kudus,menyanjungi seseorang insan yang dikasihinya mencintai dan sanggup berkongsi segala kesedihan dan kegembiraan bersama diri si dia.betapa agung dan besarnya martabat air mata seorang perempuan.sekuat-kuat dan setabah-tabah diri seorang perempuan,dia akan terkulai layu dan lemah apabila merembeskan air mata kesedihannya.dia akan hilang ketabahannya apabila menitiskan air matanya kerana perempuan sememangnya ditakdirkan penuh dengan emosi dan perasaan.sentimental dalam memperjuangkan erti percintaan.ini khas untuk perempuan yang sememangnya tulus dan kudus dalam melayari bahtera percintaan.air mata umpama senjata utama wanita.kerana air mata,wanita mendayu-dayu kelemahan,kerana air mata wanita merintih kedukaan,kerana air mata,wanita bersedih kemuraman.disini ada suatu artikel yang saya nak kongsikan bersama kalian berkaitan tentang air mata.Suatu ketika, seorang anak bertanya kepada ibunya, “Ibu, mengapa ibu menangis?”Ibunya menjawab, “Sebab ibu adalah perempuan, nak.” “Saya tak mengerti ibu,” kata si anak. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. “Nak, kau memang tak akan mengerti”Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. “Ayah, mengapa ibu menangis?” “Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas,” sang ayah menjawab. “Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.”Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, ia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, “Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?” Dalam mimpinya ia merasa seolah mendengar jawapannya:“Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.“Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila ia telah membesar.“Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.“Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.“Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam kondisi dan situasi apapun. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak-anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.“Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sulit dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak.“Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.“Dan akhirnya, Kuberikan ia air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat ia gunakan bila masa pun ia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah “air mata kehidupan.”jadi kepada lelaki dan jejaka di luar sana,hargailah wanita yang menyayangi diri anda,kerana apabila wanita yang jujur bercinta,dia akan memberikan sepenuh jiwa dan kasih sayangnya kepada lelaki yang dicintainya tanpa berbelah bahagi.jangan biarkan wanita terseksa dengan linangan air mata kerana titisan air mata sememangnya suatu penyeksaan,suatu penderaan jiwa dan batin wanita yang sememangnya ikhlas dalam sesuatu perhubungan.

Teruskan Membaca......

Mendalami Maksud Tersirat Dalam Lirik Lagu-lagu Cinta

1.Kumpulan Sup-Rintihan Jiwa.
Muat Turun di sini-->Rintihan Jiwa.mp3

Terbayang gambar wajahmu
Menjelma di sudut hatiku
Tak terdaya aku
Membiarkan ia pergi

Walaupun telah berlalu
Tiada lagi kau di sisi
Masih belum pudar
Kenangan untukmu

Apakah salahnya diriku
Hingga sanggup kau tinggalkanku
Setelah ku beri kasihku padamu
Dan telah ku sandarkan
Harapan melangit pada dirimu

Dengarkanlah rintihan jiwa ini
Yang menjerit memanggil oh namamu
Hanya Tuhan yang tahu
Betapa aku cinta padamu
Dan kerana-Nya jua
Kita terpisah

Di Sebalik Lirik Lagu ini,MekarCinta dapat simpulkan bahawa dengan alunan muzik yang agak mendayu,lagu ini berkisar tentang percintaan antara dua insan yang dahulunya mekar indah.tetapi percintaan terputus apabila si dia memilih untuk memutuskan perhubungan kerana mempunyai pilihan baru.insan ini mendambakan cinta kekasihnya,merintih,bersedih kerana cinta tersebut.Namun,dia seorang yang tabah,yang mengingati Tuhan dalam setiap perkara dan mengeri akhirnya bahawa jodoh pertemuan dan perpisahan adalah ketentuan Tuhan.

2.Siti Nurhaliza-Jerat Percintaan
Muat Turun di sini-->Jerat Percintaan.mp3

Dalam pertemuan ini
Kita terperangkap sudah
Dalam jerat percintaan
Yang tidak disangkakan

Aku telah jadi lupa siapa diri ku ini
Engkau juga dihanyutkan
Oleh arus percintaan
Tapi pabila aku sedar diri siapakah aku ini
Aku tertanya sendiri apakah akan terjadi

Oh.. apakah kita kan teruskan
Di dalam arus percintaan
Perlukah kita untuk berkorban
Demi pertahankan kebahagian

Dalam persimpangan ini
Ku masih terus menanti
Dalam rasa keharuan
Di manakah akhirnya

Teruskan Membaca......

Pengalaman Cinta Sahabat-Sahabat MekarCinta

MekarCinta ingin berkongsi pengalaman sahabat-sahabat saya yang kebanyakannya bercinta melalui dunia maya(email,ym,mirc dan sebagainya).kebanyakan percintaan mereka adalah berjaya.salah seorang sahabat saya bernama,E telah jatuh cinta selama 6tahun bersama seorang jurutera melalui Mirc,suatu laman sembang dan akhirnya setahun yang lepas,mereka telah selamat diijabkabulkan.salah seorang lagi sahabat saya bernama F,juga bercinta melalui dunia maya ini.menurut yang dikatakannya,dia berkenalan dengan teman lelakinya melalui chatting(YM)semasa di tingkatan 5 dan kemudian saling bertukar-tukar nombor handphone.kemudian,hubungan mereka 'on' dan 'off' kerana lelaki tersebut ber'couple' dengan perempuan lain pula.namun bulan ogos lepas,F telah ber'couple' dengan insan tersebut tanpa berjumpa dan akhirnya apabila masa yang bersesuaian,mereka bertemu dan saling mula memekarkan kuntuman bunga-bunga cinta yang kian mekar antara mereka.salah seorang sahabat baik saya iaitu H,sekarang sedang ber'couple' dengan seorang jejaka yang dikenalinya melalui baru-baru ini melalui Tagged .saya menemani H untuk bertemu buah hatinya buat pertama kalinya di dalam dunia nyata.saya sangat gembira melihat sahabat-sahabat saya gembira kerana kegembiraan mereka adalah adalah milik saya juga...(*__*)adakalanya percintaan dalam dunia maya juga membawa kepada kebahagiaan seperti sahabat-sahabat mekarcinta ini.begitu juga dengan mekarcinta yang bercinta buat pertama kalinya bersama bekas teman lelaki mekarcinta melalui ym juga.keikhlasan dan kejujurannya menjadikan hubungan kita bertambah baik cuma jodoh tidak kesampaian..walauapapun hakikatnya,rasanya tidak salah mencuba bercinta melalui dunia maya asalkan kejujuran dan keikhlasan bertakhta serta kehormatan dan maruah diri terpelihara..(*__*)

Teruskan Membaca......

Tanda-Tanda Anda Salah Pilih Pasangan

Bagi Anda yang baru memiliki pasangan baru memang akan merasa bahagia. Tapi apakah Anda yakin bahwa dia adalah orang yang tepat untuk menjadi pasangan Anda? Tanda terpenting yang seringkali kita mengerti mengenai pasangan hidup adalah seseorang yang beriman dan cinta Tuhan.Namun di luar itu, ada beberapa hal lain yang perlu Anda pertimbangkan yang seringkali belum menjadi masalah saat ini karena perasaan cinta yang menggebu, namun pada akhirnya bisa menjadi masalah dan Anda merasa cukup terganggu dengan hal itu. Jadi sebelum Anda mengarah pada hubungan yang lebih serius, sebaiknya Anda semak beberapa tanda bahwa dia memang bukan orang yang tepat.

1.Lebih Banyak Berkorban
Cinta memang memerlukan pengorbanan. Dalam suatu hubungan tidak boleh menghitung untung rugi. Tapi jika Anda lebih banyak berkorban sedangkan dia tenang-tenang saja, memang tidak adil. Apabila Anda mahu mengorbankan waktu bersama teman-temannya, keluarga hanya untuk dia, sedangkan dia tidak pernah melakukannya untuk Anda. Maka hal ini menandakan bahwa dia bukanlah orang yang tepat.

2.Teman Mulai Menjauhi Anda
Sebelum dia menjadi kekasih, teman-teman mengelilingi Anda. Keadaan berubah seratus peratus ketika Anda menjalin cinta dengan si dia. Satu persatu sahabat Anda menghilang dan menjauh maka jangan salahkan mereka. Mungkin saja sikap mereka dilatarbelakangi oleh sikap Anda yang berubah sejak memiliki dia dan Anda bukan teman yang mengasyikkan lagi.

3.Sahabat Enggan Berbicara Tentang Kekasih Anda
Saat Anda membicarakan tentang dia, ekspresi wajah dan body language sahabat Anda terlihat resah.Setiap kali Anda menyebut nama dia dan bersemangat menceritakan betapa hebatnya si dia, sahabat Anda mengalihkan pembicaraan.

4.Hubungan Panas Dingin
Di awal hubungan, sudah pasti Anda dan pasangan sedang hangat-hangatnya. Tapi semakin hari dia berubah menjadi acuh dan dingin maka menandakan bahwa dia belum bersedia berhubungan serius dengan Anda. Ketika ia melihat Anda begitu serius menjalani hubungan, dia merasa tidak enak hati.Tidak hairan sikapnya jadi berubah seperti itu. Kalau Anda ingin hubungan yang mantap dengannya, maka Anda telah salah pilih orang.

5.Terlalu Banyak Usaha
Anda seringkali terlalu usaha untuk sekadar bertemu dia. Anda selalu berusaha untuk mengepos hadiah, membeli tiket untuk bertemu dengan si dia walaupun anda kesempitan duit,membelikan kad harijadi sempena harijadinya sedangkan si dia tidak pernah membelikan sebarang hadiah untuk Anda, sanggup berkorban cuti semata-mata untuk bertemu dengan si dia,bahkan Anda rela bersusah payah mengatur perjalanan untuk bertemu dengannya di tempat di luar kota. Padahal, sejujurnya dia tidak menghargai dan tidak bersedia langsung berkorban seperti yang Anda lakukan.

6.Hidup Terasa Terbatas dan Dikekang kebebasan
Anda yang tadinya super aktif, boleh berdikari, penuh semangat, tiba-tiba berubah menjadi orang yang tergantung dan tunduk kepadanya.Anda seolah-olah tidak mampu berdikari tanpanya.

Jika Anda menemukan tanda-tanda ini dalam hubungan Anda saat ini, cubalah pertimbangkan kembali dengan berfikir secara jernih dan jangan lupa berdoa kepada Allah.dan mungkin jalan yang terbaik adalah berpisah kerana tanda-tanda ini memberi isyarat kepada anda bahawa anda memang telah salah pilihan.....

Teruskan Membaca......

Percintaan Dalam Dunia Maya (Virtual Love)

Pada era dan zaman teknologi ini,memang tidak dinafikan teknologi dalam dunia maya memainkan peranan utama juga dalam menemukan jodoh seseorang individu.Mula-mula sekali,persoalan yang akan timbul di kepala kalian adalah apakah percintaan dunia maya?dunia maya adalah dunia yang tersembunyi di sebalik rangkaian permulaan perhubungan teknologi seperti internet,handphone(sms),chatting room dan sebagainya di mana kita tidak mengenali pengirim atau penerima maklumat itu secara "direct view" atau bertemu secara realiti.Mengapa mencari cinta dalam dunia maya?kan masih banyak lagi cinta realiti yang boleh dicari?kerana masing-masing tidak mempunyai masa untuk bertemu dengan seseorang dalam dunia realiti,dan juga jika mempunyai kesempatan bertemu pun,masih tidak menepati kriteria yang dikehendaki.dan kadang-kadang juga,segelintir manusia dalam dunia realiti ada yang kurang jujur dan kurang ikhlas dalam perhubungan dan mungkin kerana itu juga segelintir manusia khususnya golongan korporat dan berpendidikan atau yang mempunyai asas dalam teknologi khususnya IT,cenderung memilih jodoh dengan insan yang boleh berinteraksi secara jujur dan ikhlas dalam dunia maya tersebut.mereka berpendapat melalui dunia maya,kita dapat menilai keserasian dan cara berinteraksi melalui pertukaran pendapat,kejujuran bercerita tentang kehidupan masing-masing dan melalui cara penulisan,ada kalanya kita boleh mengetahui seseorang itu adalah jujur ataupun tidak.bagi saya yang telah lama berkecimpung agak lama dalam dunia maya ini,saya agak percaya dengan cinta dunia maya ini.kerana zaman moden ini,ada beberapa insan yang sememangnya ikhlas menjadi jodoh melalaui dunia maya contohnya melalui chatting,ym,friendster,tagged dan sebagainya..walaupundemikian,kita tidak boleh percaya seratus peratus dengan cinta melalui dunia maya ini.adakalanya cinta dunia maya ini hanya sekadar percintaan yang penuh dengan kepura-puraan sahaja.ada manusia yang hanya melihat pada paras rupa yang cantik dan macho sahaja,ada yang berniat buruk untuk mengikis duit dan mengambil kesempatan atas kelemahan orang lain dan mungkin juga ada yang berniat untuk mempermain-mainkan perasaan orang lain sebagai cara membalas dendam di atas kegagalan percintaan mereka.semua ini bergantung kepada empunya diri itu sendiri sama ada mahu percaya atau tidak dengan cinta dunia maya ini.bagi saya,sekiranya kita rasa bahawa si dia adalah seorang yang jujur dalam percakapannya dan cara penulisannya,ikhlas dalam mendedahkan identitinya,tidak menyembunyikan status perhubungannya terhadap rakan-rakannya,rasanya tidak salah jika kita meneruskan percintaan itu.kita perlu mengkaji setiap bait-bait ayat yang ditulis,setiap baris perkataan yang dituturkan di dalam perbualan dalam telefon atau pun voicecall dalam ym.dari aspek itu,kita boleh menilai dan membuat kesimpulan sejauh mana si dia ikhlas dan jujur dalam perhubungan itu...

Teruskan Membaca......

Tuhan Kirimkanlah Aku Kekasih Yang Baik Hati

Teruskan Membaca......

Tips Untuk Memikat Hati Lelaki

Lelaki akan mudah tertarik apabila seseorang perempuan itu selalu mengambil berat tentang dirinya.kerana mereka juga seorang insan yang mahu dirinya dibelai dan dimanjai.lelaki juga seorang yang sensitif.di sini saya nak share beberapa tips untuk memikat hati lelaki dan sekaligus menjadikan kalian(perempuan) di antara "top 1" dalam senarai hati mereka..hehe.Setiap insan di dunia ini pasti memiliki keinginan.begitu juga dengan seorang lelaki yang cenderung memiliki pelbagai macam keinginan,termasuklah dalam memilih pasangan hidup.Memang sukar untuk memahami keinginan insan yang bergelar lelaki ini.untuk itu,cuba semak beberapa perkara yang paling dominan yang diinginkan oleh seorang lelaki daripada seorang gadis.mana tau,kamu boleh menjadi seorang gadis yang diimpikan oleh ramai lelaki!

Memahami
Untuk memahami jiwa lelaki bukanlah suatu perkara yang mudah dan sebagai perempuan,kamu harus tahu selok belok perangai lelaki yan gkamu cintai.selain itu,kamu juga perlu tahu saat terbaik dan taktik-taktik untuk menyelami perasaannya.malahan untuk lebih memahami perasaannya,kamu wajib mengurangkan sedikit keegoan diri kamu.bahkan kalau perlu,singkirkan terus!

Tahu Membawa Diri
Lelaki zaman sekarang paling pantang jika pergerakannya disekat atau dikawal.jadi, mahu tidak mahu,kamu terpaksa menghormati kehendak dan pendirian mereka dengan cara tidak mengongkong kebebasan hidup mereka.itu adalah yang terbaik jika kamu mahu si dia terus bersamamu.

Beri Perhatian
Sebagai pencinta lelaki,kamu juga patut tahu bilakah waktunya seorang lelaki itu memerlukan perhatian?bentuk perhatian yang macam mana yang diperlukannya?luangkan masa untuk memerhatikan,mempelajari serta menterjemahkan setiap keinginannya itu.biasanya ia akan tersirat melalui perkataan,bahasa tubuh dan melalui sorotan matanya.janganlah takut untuk bertanya dan bersifatlah terbuka dan perhubungan.

Teruskan Membaca......

Direka Oleh Koleksi Mekar Cinta

Best viewed via Mozilla Firefox