Bagaimana Memujuk Diri Sendiri Apabila Kecewa?

Terdapat banyak perkara positif yang membolehkan saudara mempunyai kehidupan yang lebih baik.
Katakan pada diri saudara:
1.Saya masih mempunyai keluarga yang penyayang yang memang sebelum ini pun setia dalam memberi sokongan dalam hidup saya. Banyak lagi aktiviti berfaedah yang dapat dilakukan bersama keluarga tersayang mahupun dengan kawan-kawan yang dapat meninggalkan kenang-an manis dalam hidup saya, misalnya pergi berekreasi, melancong ataupun menonton wayang. Jadikan tindakan melupakan perkara yang menggugat ketenangan dalam hidup anda suatu kepuasan dalam hidup.

2.Saya masih mempunyai harta bagi meneruskan kehidupan ini. Saya boleh buat apa sahaja dengan harta saya bagi memperoleh kesejahteraan dan kebahagiaan hidup dengan pelbagai cara.

3.Kekecewaan dalam hidup saya tidak sedikit pun menjejaskan taraf pendidikan saya. Dengan pendidikan yang baik, saya mampu meningkatkan taraf ekonomi dan mempunyai status sosial yang baik.

4.Saya berpegang teguh pada takdir Tuhan, kekecewaan yang dialami tidak boleh menggugat keimanan saya. Malah peristiwa sebegini membuatkan saya lebih berpegang teguh kepada ajaran agama dan percaya bahawa segala yang berlaku ada hikmah di sebaliknya.

5.Sedarlah bahawa kehilangan kekasih bukan bermakna saya kehilangan pekerjaan. Malah peristiwa sebegini berupaya membuatkan saya lebih tekun dan komited terhadap tugas di pejabat.Kegagalan dalam satu perkara dalam hidup masih tidak mampu memusnahkan keseluruhan matlamat hidup saya. Begitu banyak alternatif yang boleh difikirkan dalam mengejar matlamat hidup.

6.Saya juga mempunyai hobi. Tumpuan yang lebih boleh diberi kepada hobi terutamanya pada waktu lapang supaya seluruh kehidupan diisi oleh aktiviti yang penuh bermakna. Hobi juga dapat mendatangkan kepuasan dan kegembiraan dalam hidup saya.

7.Kesihatan diri harus mendapat keutamaan dalam apa juga keadaan. Tahap kesihatan yang baik membolehkan saya melakukan pelbagai aktiviti berfaedah. Jangan terlalu mengikut kata hati.

8.Saya masih ada ramai saudara, kawan yang dapat menyokong saya sewaktu saya susah dan sedih.

9.Saya perlu membina harapan baru walaupun selepas mengalami pelbagai peristiwa sedih dan menyayat hati, harapan baru perlu dibina dalam diri untuk terus berjuang dalam hidup.

**Di sini Saya quotekan apa yang sahabat saya, Hidayah kongsi dengan saya..ada beberapa tips untuk membina kebahagian..antaranya seperti,

1.Lupakan kisah silam yang menyakitkan.jangan ungkit kesilapan yang dilakukan kerana ia akan memusnahkan kebahagiaan anda sekarang.

2.Berdamaila dengan masa lalu anda, jadi anda tidak merosakkan masa sekarang.

3.Tidak ada orang lain yang boleh menggugat kegembiraan anda kecuali anda sendiri.Ingatlah khidupan ini adalah SEKOLAH untuk anda dan disini anda harus belajar.masalah adalah sebahagian daripada subjek yang akan datang dan pergi tetapi proses pembelajaran akan terus berlangsung sampai akhir hayat...

0 comments:

Post a Comment

Direka Oleh Koleksi Mekar Cinta

Best viewed via Mozilla Firefox