Percaya Atau Tidak Cinta Internet?

Petikan ni Mekarcinta ambil dari sebuah artikel di www.tokeikedai.net.
Mekarcinta juga mempercayai cinta internet.(*__*)

**********sumber daripada internet***********
Kali ini aku ingin menceritakan ttg kisah cinta ku, Cinta Internet. Sebelum ini, aku sudah 2 kali gagal dalam bercinta. Entah dimana silapnya, aku pun tak tahu. Mungkin aku terlalu mentah ataupun terlalu setia melulu. Kisah cinta yang lalu tak perlu lah dikenangkan. Di sini aku ingin ceritakan kisah cinta aku dengan adik angkat ku sendiri yang ku kenali di dalam MIRC.Pada tahun 1999, aku mengalami kemalangan jalanraya dan telah dimasukkan ke hospital ke hospital selama hampir seminggu. Syukur Alhamdulillah, umur ku masih dipanjangkan olehNya. Setelah keluar daripada hospital, aku hanya berehat dirumah sementara untuk menghabiskan cuti sakitku. Pada satu hari, kawan baik ku iaitu Amir dating kerumah dan mengajak aku menemaninya ke sebuah cyber café. Tujuannya adalah untuk berchating. Aku pulak pada tika itu amat naïve dan mentah dengan chatting ni, so aku ikut je si Amir ni.

Sampai je disana, dia mengajar aku bagaimana untuk menggunakan MIRC. Aku menggunakan nama samaran hantu^toya memandangkan aku tak tahu nama apa yang harus aku gunakan. Aku melayari laman kampung dan melihat lihat sahaja, tiba-tiba aku ditegur oleh nick anturayer Jadi kami pun berbual bual sebentar. Selepas bertukar tukar sedikit maklumat dan no telefon aku dan Amir terus pulang. Dalam perjalanan pulang, si anturayer tadi menghubungi aku di telefon bimbitku. Kami berbual bual sebentar sebelum talian terputus (maklum la dia hanya menggunakan public phone, dan jarak yang jauh iaitu dari Kelantan dan aku pula di Pulau Pinang).

Seminggu telah berlalu, dan aku hampir melupakan peristiwa tersebut. Namun, pada satu hari, aku telah menerima sepucuk surat daripada si gadis tadi. Isi kandungan yang pendek tetapi tersusun rapi dengan tulisan yang kemas dan cantik itu telah membuatkan ku tertarik. Dia mengenalkan dirinya sebagai Wan Norhayati dan bersal dari Kelantan. Masih lagi belajar di lower six. Semenjak dari saat itu, kami sering berhubungan dengan snail mail (surat pos daaaaa). Email bagi ku tidak menarik dan sehebat surat biasa. Dalam sebulan hampir 2 pucuk surat kami berhubungan. Pada saat itu, kami hanya sebangai adik dan abang angkat sahaja memandangkan jarak umur yang berbeza 6 tahun. Aku banyak memberikan nasihat dan teguran kepada dia melalui surat dan juga dengan panggilan telefon.

Semakin lama hubungan kami semakin rapat Tetapi tetap sebagai adik dan abang. Jarak yang jauh membataskan hubungan kami. Hanya surat dan telefon yang menjadi sendi dalam perhubungan kami ini. Setelah hampir setahun berhubungan, barulah aku dan bertukar gambar masing masing. Orangnya mmg manis dan menawan. hatiku semakin tertarik untuk mengenalinya dengan lebih mendalam tetapi kau kurang yakin dengan hubungan jarak jauh sebegini. Sedangkan hubungan ku sebelum ini selalu kecundang walaupun didalam daerah yang sama, inikan pulak hubungan yang agak jauh melintasi Banjaran Titiwangsa.

Hubungan kami selepas itu ada pasang surutnya. Sekejap timbul dan sekejap tenggelam. Maklumlah aku sibuk dengan kerja dan juga dengan kursus kursus yang aku terpaksa lalui. Manakala dia pula telah memasuki Politeknik Kuala Trengganu. Walaupun begitu kami masih lagi berutus surat dan juga telefon. Hubungan kami menjangkau 3-1/2 tahun Namum kami belum lagi pernah bertemu muka. Tetapi pada bulan Ogos 2002, dia telah bertanya suatu soalan yang agak memeranjatkan dan tak ku jangka. Adik angkatku telah memulakan langkah pertama. Dan huluran tangannya telah kusambut dengan hati yang lapang dan terbuka. Lagipun, aku telah lama menyimpan perasaan terhadap dia namum aku tak berani mengungkapkan ungkapan itu kepada dia. Bermula dari tarikh itu, kami telah declare sebagai pasangan kekasih.

Semenjak hari itu hatiku begitu melonjak kegembiraan. Masa bagiku berlalu begitu pantas Pada bulan puasa tahun yang sama, hubungan kami menerima cubaan yang pertama. Ada seorang lelaki yang meminati dia ingin dating untuk meminang pada awal tahun 2003. Ayahnya begitu beria-ia ingin menerima lelaki tersebut, namum dibantah oleh si dia. Setelah didesak berkali kali, barulah dia memberitahu ayahnya yang dia telahpun mempunyai pilihan hatinya sendiri. Ayahnya tidak bersetuju dan menentang hubungan kami kerana alas an yang kami berdua belum pernah bertemu dan juga jarak yang jauh. Kata putus diberikan ayahnya, aku harus ke sana secepat mungkin untuk bertemu dengan kaum kelurganya. Keesokkan harinya, pada 29hb Disember 2002 aku bertolak kesana. Setibanya di Kelantan, aku menetap di rumah abang angkatku di Pengkalan Kubor. Pada padi harinya, setelah berjanji masa dan tempat aku dan dia bertemu di hadapan Hotel Diamond Puteri Kota Bharu. Pertama kali terpandang wajah dan bertentang mata, hatiku terus terpaut. Kami kemudiannya terus ke Pasaraya Billion di KB untuk makan tengah hari. Lidah ku kelu untuk berkata kata, begitu juga dengan dia. Setelah kami berbincang dan berbual bual tentang hubungan kami (kerana keesokkannya aku harus bertemu keluarganya), aku meninggalkannya di hadapan Pasar Besar Siti Khadijah. Oleh kerana waktu itu waktu pulang kerja dan ditambah dengan hujan yang lebat dan aku pula tidak mahir memandu di KB, aku telah tersesat jalan. Namun kuasa Allah mengatasi segala galanya. Dalam keadaan panik, aku telah bertemu kembali dengan dia. Setelah diberi petua dan petunjuk, aku berjaya menemui jalan pulang ke Pengkalan Kubor.

Keesokkan harinya dengan ditemani abang angkatku, kami ke rumah dia. Hatiku berdebar debar. Tangkai jantungku bagaikan hampir putus apabila kereta kami memasuki kawasan rumahnya. Hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana hebatnya pertempuran yang berlaku didalam jantungku. Setelah kami masuk kerumahnya, aku berbual bual dengan ibu dan neneknya. Tak lama kemudia, ayahnya pulang dari kerja. Hati dan jantung yang tadinya baru nak bertenang kembali bersilat dan berperang. Kali ini lebih hebat lagi kerana ditambah dengan rasa senak perut. Adus Dugaan dugaan

Selepas itu bermulah sesi Edisi Siasat versi Kota Bharu hehehe Aku ditemuduga oleh ibu dan ayahnya. Seumur hidupku, tak pernah aku bertandang ke rumah teman wanitaku. Dan ini adalah yang pertama dan yang terakhir bagi perit nak menanggung degupan jantung dan rasa senak perut. Hampir 2 jam di rumahnyam aku dan abang angkatku pun meminta diri untuk pulang kerana pada malamnya aku akan bertolak pulang ke Pulau Pinang. Hatiku terasa amat lega dan lapang setelah selesai perjumpa dengan keluarganya.

Setelah aku tiba di Pulau Pinang keesokkan harinya, aku menerima panggilan daripada sidia yang menyatakan ayahnya bersetuju dengan pilihannya. Keluarganya akan datang ke Pulau Pinang sebelum Hari Raya Aidiladha untuk bertemu dengan keluargaku pula. Hubungan kami selepas itu berlalu tanpa masalah yang besar. Adat la sekiranya ada sedikit salah faham, sedangkan lidah lagi tergigit. Hari yang ditunggu telahpun tiba, keluarganya tiba di Pulau Pinang seperti yang dijanjikan. Mereka telah ku hantar untuk menginap di sebuag ountry club di Seberang Jaya. Pada keesokkan harinya, mereka semua datang kerumahku untuk berjumpa dengan pihak keluargaku pula. Nampak gayanya, hubungan aku dan sidia akan berlalu tanpa ada masalah lagi kerana kedua dua belah pihak nampaknya bersetuju dengan pilihan masing masing.

Dipendekkan cerita, pada 2hb Jun 2003 kami telahpun bertunang selepas 2 kali pertemuan sahaja. Mungkin ada orang yang tidak yakin dengan cinta internet mahupun hubungan cinta hanya selepas 2 kali bertemu sahaja namun itulah kami. Hubungan kami bermula tanpa kenal rupa dan wajah masing masing. Kami Cuma mengenal hati budi melalui surat dan suara di hujung talian telefon.

Setelah sebulan bertunang, dia dapat melanjutkan pelajaran peringkat diploma di Politeknik Seberang Perai. Semenjak tarikh itu, hubungan cinta kami semakin bersemarak. Hubungan sebagai adik angkat, kekasih, tunang kami ini akan di akhiri dengan hubungan suami isteri yang sah pada awal bulan Julai nanti setelah dia menamatkan pelajarannya. InsyaAllah. Semoga hubungan cinta kami ini akan terus mekar dan marak untuk selama lamanya.
********************************************************
Anda bagaimana?Percaya pada cinta internet?Mekarcinta percaya..(*__*)

0 comments:

Post a Comment

Direka Oleh Koleksi Mekar Cinta

Best viewed via Mozilla Firefox