Percintaan Dan Putus Dalam Percintaan Adalah Suatu Anugerah


Percintaan itu adalah suatu anugerah yang indah dan tidak terhingga daripada Allah SWT.cinta itu hadir tatkala kita tidak menduga dn cinta itu akan hilang di kala kita kemaruk bercinta.cinta itu hadir ibarat rama-rama sebenarnya..semakin kita mengejar ia,ia semakin jauh dari pandangan kita.tetapi apabila kita biarkan,ia akan datang hinggap di tangan kita.cinta juga ibarat layang-layang(bak kata seorang sahabat saya Hidayah).apabila kita biarkan ia terbang tinggi,ia akan terbang jauh dan jika kita terus biarkan,ia akan terus terbang jauh,tetapi apabila kita tarik semula tali layang-layang itu,ia akan kembali kepada kita semula.jika dahulu definisi cinta bahawa cinta itu buta,saya sukar untuk mentafsirkannya..tetapi apabila saya pernah melalui alam percintaan,baru saya mengerti.percintaan itu akan menjadikan manusia itu rabun dan buta dalam mempertahankan sesuatu hakikat yang sememangnya adalah nyata dan pasti.cinta menyebabkan manusia keliru dan buta dalam membuat penilaian.cinta menyebabkan manusia terawang-awang dalam dunia khayalan buatan sendiri,mengharapkan kebahagiaan dalam dunia kayangan yang masih tidak pasti.cinta juga kadang-kadang membuatkan manusia lemah,tidak boleh bergantung pada diri sendiri,membuatkan manusia kalah dengan tangisan air mata.cinta juga menjanjikan keindahan dan kebahagiaan tetapi sebelum mendapat cinta yang benar-benar sejati itu,pasti kebanyakan antara kita terpaksa menempuhi ujian percintaan yang memeritkan dan melukakan,yang memerlukan suatu pengorbanan perasaan.dan melalui pengorbanan itu,perselisihan berlaku,kekeliruan tercipta maka jalan perakhirannya,perpisahan akan terjadi..Memang perit,pedih,sakit dan terluka apabila putus dan gagal dalam percintaan.ayat yang biasa kita dengari,setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.oleh yang demikian,dekatkanla diri dengan Tuhan,kerana setiap percintaan dan kejadian alam ini telah ditentukan olehNya sejak azali lagi.jadi Dia telah menetapkan segala-gala terhadap kehidupan kita di dunia ini termasuklah perihal percintaan.Usahlah kerana putus dalam percintaan,kita gagal dalam kehidupan kita.kita seharusnya bersyukur kerana pernah disayangi dan pernah menyayangi seseorang dan anggaplah kehilangan dirinya sebagai suatu rahmat dan petunjuk oleh Allah untuk mendapatkan kebahagiaan yang lebih hakiki pada masa akan datang..Maka,marilah kita berusaha untuk mencari kebahagiaan hakiki dan abadi..(*__*)

0 comments:

Post a Comment

Direka Oleh Koleksi Mekar Cinta

Best viewed via Mozilla Firefox